Welcome to my blog :)

rss

Friday, January 15, 2010

KEFAHAMAN GURU TENTANG NILAI MATEMATIK

http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/43/E/JTDIS43E4.pdf

Matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang kering, sukar dan membosankan.
Salah satu punca yang menyebabkan wujudnya tanggapan ini adalah kurangnya penekanan
diberikan untuk memahami dan menerapkan nilai matematik di kalangan pelajar. Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang bertujuan mengkaji kefahaman guru tentang nilai matematik. Kajian deskriptif yang menggunakan kaedah kualitatif ini dilakukan ke atas empat orang guru di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Data dikumpulkan melalui temubual mendalam yang dilakukan beberapa kali sehingga mencapai tahap ketepuan data yang dikehendaki. Transkripsi temubualini dianalisis secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga perspektif pemikiran guru-guru terhadap makna nilai matematik, iaitu nilai matematik sebagai nilai murni, nilai matematik sebagai nilai intrinsik dan nilai matematik sebagai nilai yang berguna dalam kehidupan. Di samping itu, kajian ini mendapati mazhab pemikiran logikisme dan formalisme merupakan corak pemikiran matematik yang menjadi pegangan responden.

9 comments:

  1. Mata pelajaran matematik adalah antara subjek sukar bagi pelajar-pelajar, namun bagi mereka yang berjaya memahami dan menghayatinya pasti akan berasa bahawa matematik adalah mata pelajaran yang menyeronokkan.
    Bagi mencapai keadaan tersebut, kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan amat diperlukan oleh seorang guru di mana selain tugas menyampaikan ilmu, seorang guru juga perlu menanam sikap ingin tahu dikalangan para pelajar bahawa setiap permasalahan dalam hidup pasti ada jalan penyelesaiannya sama seperti setiap soalan pasti ada jawapannya.
    sebagai contoh, dalam pengajaran subjek matematik guru boleh menggunakan atau mengaitkan setiap permasalahan matematik dengan persekitaran pelajar. misalnya untuk tajuk "pemfaktoran" guru boleh gunakan contoh wang kepada pelajar agar mereka boleh memahami tajuk berkenaan dengan baik.
    matematik juga sebenarnya mampu melahirkan manusia yang sentiasa jujur dalam hidup dan tepat dalam setiap tindakan.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan pendapat artikel ini dimana matematik juga mempunyai nilai-nilai murni,nilai intrinsik dan juga mengandungi nilai yang berguna dalam hidupan. Di mana nilai murni ini adalah seperti bersabar dalam pengiraan yang dilakukan, tidak mudan berputus asa dalam mencari jawapan , tolong menolong antara rakan-rakan dan sebagainya, nilai intriksik pula seperti teliti dan bersistematik semasa melakukan pengiraan dan nilai yang berguna adalah seperti yang digunakan dalam bidang perniagaan.

    ReplyDelete
  3. Matematik adalah subjek yang agak sukar bagi pelajar luar bandar.Guru-guru yang dapat meningkatkan peratus pelajar dalam matematik adalah guru yang mempunyai banyak nilai positif dalam dirinya yang boleh dikongsi bersama-sama pelajarnya semasa sesi p&p di dalam kelasnya.Nilai yang diterapka semasa pengajaran subjek ini dapat dilihat terus semasa seorang cikgu bersabar sehingga seseorang anak muridnya itu dapat memahami konsep yang dibawanya ke dalam kelas pada hari itu..

    ReplyDelete
  4. pada pendapat saya, matematik merupakan subjek yang memberi kepuasan kepada guru yang mengajar dan juga kepada pelajar yang betul-betul cuba memahaminya. ini kerana berdasarkan pengalaman saya, apabila kita mengajar matematik dan pelajar memahaminya, saya akan berasa puas akibat segala ilmu dan kepakaran dapat diturukan kepada pelajar. disamping itu juga, pelajar akan turut bersemangat jika mereka dapat menyelesaikan sesuatu permasaalahan matematik. sehinggakan pernah pelajar saya bersorak kegembiraan kerana dapat menyelesaikan soalan matematik. jadi, kita sebagai guru matematik, berusahalah ke arah menerapkan minat sukakan matematik kepada pelajar-pelajar..

    ReplyDelete
  5. matematik adalah subjek yang menerujakan terutamanya bagi pelajar yg minat subjek mengira. Walaubagaimanapun, pelajar yang minatkan subjek membaca pasti merasakan subjek ini membosankan dan menuntut masa yang lebih untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah matematik. Bagi menarik minat pelajar dalam matapelajaran matematik, kita sebagai guru perlu pandai mempelbagaikan kaedah mengajar.Antaranya ialah menanam nilai matematik dalam subjek ini. Seperti yang kita tahu, matematik mampu mengajar pelajar dengan nilai teliti, sistematik, tidak lokek ilmu, sanggup berusaha dan berani mencuba.Cara ini diyakini mampu mengatasi tanggapan negatif yang mengatakan matematik adalah subjek yang membosankan.

    ReplyDelete
  6. bukan mudah nak menarik perhatian pelajar untuk meminati subjek yg mencabar ni. bagi guru, subjek matematik ni 'kacang' je...bestt...mencabar minda...tp..for most student, 'kering'..hambar..'boring'...

    artikel yg disertakan ni memang bagus dimana kajian terhadap nilai matematik dijalankan. bayangkan selama ni bukan guru yang dikaji tu je yang tak sedar ada 'roh' dalam matematik ni, kita...atau lebih specific..saya la...tak sedar ada nilai yang tersendiri dalam matematik. kalau nilai itu berjaya dihidupkan...InsyaAlah kita mungkin berjaya membuka pemikiran pelajar kita ke KELAS PERTAMA!

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Matematik adalah satu matapelajaran yang menarik dan bagi pelajar-pelajar yang suka dengan pengiraan, mereka banyak menggunakan bahagian hemisfera kiri otak.Di sekolah terdapat pelbagai matapelajaran, jadi pelajar dilatih agar menyeimbangkan penggunaan hemisfera kiri dan hemisfera kanan.

    Dalam matapelajaran matematik, guru hanya perlu memberi beberapa contoh sahaja di dalam bilik darjah,manakala selebihnya pelajar hendaklah menyelesaikan masalah sendiri sehingga berusaha mendapat jawapan yang betul. Penyelesaian masalah dan latihan memerlukan lebih masa dan banyak soalan agar mereka mahir.Begitulah cara belajar matematik, memerlukan pelajar agar berdikari..

    ReplyDelete
  8. Salam …

    Saya berpendapat bahawa ilmu matematik adalah suatu perkara yang sukar untuk dipisahkan dalam kehidupan seharian. Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakkan daripada kita hanya menyedari kepentingan matematik setelah kita tidak lagi berada di alam persekolahan, iaitu setelah kita berada di dunia kehidupan seharian. Pada ketika itu baru timbul penyesalan kerana semasa di alam persekolahan kita tidak meletakkan usaha yang bersungguh-sungguh di dalam mempelajari matematik, sedangkan banyak permasalahan kehidupan seharian memerlukan penyelesaian matematik. Di atas kesedaran ini, peranan guru dalam menerapkan nilai matematik kepada pelajar adalah sangat-sangat penting. Guru perlu memberi kefahaman kepada pelajar bahawa matematik adalah sesuatu yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kelak.

    ReplyDelete
  9. salam..
    Pada pendapat saya, di dalam pendidikan, matematik merupakan salah satu matapelajaran yang penting dan ia diajar di semua peringkat pendidikan samaada peringkat rendah dan menengah. Namun begitu matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan fizikal dan lain-lain lagi.

    Pada hakikatnya, Matematik dalam konteks ini dijadikan alat untuk menerokai kewujudan alam semesta dan mencari kebenaran Pencipta. Matematik adalah ilmu murni yang menunjukkan kesempurnaan alam metafizik. Matematik menuntut kepada pemikiran secara logik, membuat hipotesis dan alasan atau justifikasi terhadap sesuatu idea. Dalam konteks ini nilai matematik juga tidak terkecuali. Malah, ia meletakkan nilai matematik sebagai suatu yang penting diperincikan dalam
    menentukan hala tuju pendidikan matematik kerana hubungannya dengan
    pengajaran dan pembelajaran matematik tidak dapat dipisahkan.

    ReplyDelete